Hidup Di Dunia Ini Hanya Untuk Sementara Waktu. Akhirat Itu Negeri Yang Kekal Abadi. Bermatianlah Korbankan Harta Dan Diri Dan Masa Mu Untuk Agama Islam Sehingga Kamu Terkorban @ Dikorbankan.
Monday, February 23, 2015
Seluruh Semenanjung Masjid Bersih Di Cuci ?
Dua Beradik Jalan Kaki Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid
Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di
Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti
Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.
"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan
pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata
Anas Aiman Jaffry, 27.
Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari
memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan
Masjid.
Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan
mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah
Alam, Selangor, 24 Januari lalu.
Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka,
Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk
mengunjungi 132 masjid terpilih.
Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.
“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.
"Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.
“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan
memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami
kehidupan masyarakat setempat," katanya yang berasal dari Sabak Bernam,
Selangor.
Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.
“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.
Menurutnya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan
bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi
mengurangkan beban mereka.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523.
No comments:
Post a Comment