Maksud dakwah dan tabligh menurut Kitab
Muntakhab Hadith karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan
kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah
s.a.w. diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita
sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang
betul.
Dakwah Laa ilaha iallah ialah dakwah fardhu ain ke atas setiap
orang beriman. Laa ilaha ilallah adalah kalimah iman. Menurut hadis
diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda :
"Iman mempunyai 70 lebih cabang. Antara
cabang iman itu, yang paling afdhal mengucapkan kalimah Laa ilaha
ilallah. Cabang iman yang paling rendah ialah mengalihkan sesuatu yang
menyakiti dari jalan. Sementara sifat malu ialah satu cabang (yang
penting) daripada iman."(Muslim)
Iman satu-satunya perkara penting yang
wajib ada pada setiap orang beriman. Tanpa iman, apabila mati, cium bau
syurga pun tak dapat. Apakah maksud iman?. Maksud iman menurut Kitab
Muntakhab Hadith karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan
makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin
penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya.
Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan
yakin perkhabaran Rasulullah s.a.w. tanpa melihat dengan mata sendiri
semata-mata kerana mempercayai baginda s.a.w.
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya
(Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ), kitab yang diturunkan kepada
Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir
(tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya,
rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat
jauh tersesat.” (QS. An Nisaa’ (4): 136
Allah s.w.t. telah perintahkan orang
yang beriman supaya berusaha untuk memperbaiki iman sehingga seluruh
kehidupan kita mengamalkan agama dengan sempurna. Begitu juga dengan
Rasulullah s.a.w. telah perintahkan para sahabat untuk memperbaharui
iman sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hendaklah kamu selalu memperbaharui
iman kamu." Para Sahabat r.a. bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami
memperbaharui iman kami?". Baginda s.a.w. bersabda,"Perbanyakkan ucapan
Laa ilaha ilallah".(Musnad Ahmad, Tobarani: Targhib)
Insya Allah kita azam untuk keluar ke
jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta
dan lapangkan masa selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya
Allah....azam..
No comments:
Post a Comment