Saturday, February 28, 2015

Fenomena tidur singkat dan keajaiban Al Quran


“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah tidurmu pada waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebahagian dari karunia Nya. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengar, “[Qs. Ar-rum: 23]

Tidur singkat dapat menrefreshkan otak, ketika ia merasa lelah di siang hari akibat pengumpulan maklumat sehingga prestasi menjadi kurang berkesan dan seseorang itu sebenarnya memerlukan rehat sejenak yakni dengan tidur.

Rehat cara ini bagi otak merupakan penyusunan semula maklumat dan menyusun gelombang-gelombang sel dan memantapkan maklumat yang diperolehi di siang hari.

Oleh kerana itu, para pengkaji menegaskan pentingnya tidur malam hari atau tidur sebentar pada siang hari dan bahawa merehatkan otak ini akan memperkuatkan ingatan. Mereka mendapati bahawa orang yang biasa tidur sebentar di siang hari, prestasi mereka lebih baik dan kemampuan mengingat akan lebih cepat.

Pasukan penyelidik dari Universiti Lubeck Jerman melakukan ujian diagnostik terhadap 52 sukarelawan. Para sukarelawan diminta untuk tidur dalam tempoh masa tertentu tanpa membezakan waktu siang atau malam. Dan hasilnya, keadaan mereka sama dan tidak berbeza.

Dan hasilnya ternyata tidur singkat di ‘siang hari’ sama pentingnya dengan tidur di malam hari. Para penyelidik mengatakan tidur siang hari sebentar yang disebut dalam Islam dengan istilah Qailullah itu sangat berguna sama seperti tidur di malam hari. Mereka menjelaskan bahawa dari perspektif pembaikan sikap dan perilaku, tidur siang adalah sama seperti tidur malam berkaitan dengan fungsi kognitif seseorang.

Diingatkan kembali terhadap apa yang disampaikan Al Quranul Karim untuk tidur di malam dan siang hari. Bahkan tidur sebentar di siang hari juga penting sebagaimana tidur malam.

Ini adalah tanda keajaiban Al-Qur’an sebagai kitab yang diturunkan dari Allah Yang Maha Mengetahui. Maklumat ini baru bagi para Ilmuwan, bahkan mereka tidak tahu pentingnya tidur siang kecuali di abad ke 21. Sedangkan Al Quran telah menegaskan pentingnya tidur malam dan siang, sebagai suatu keajaiban dan tanda kekuasaan Allah sejak empat belas abad lalu!

Memori Otak Ketika Seseorang Baru Saja Bangun Tidur

Para saintis Universiti Harvard melakukan kajian berkaitan hubungan antara memori ingatan dan tidur. Mereka menggunakan alat scan resonansi MRI berfungsi magnet sehingga mereka mengesan adanya aktiviti otak di kawasan yang tertentu. Kemudian aktiviti bergerak ke wilayah kedua dan begitulah seterusnya bahawa otak melakukan penyusunan maklumat, menyelaras, dan menyimpan maklumat sehingga mudah diambil kembali selepas seseorang bangun dari tidur.

Namun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa fokus otak seseorang ada pada tahap minimum ketika ia baru saja bangun tidur. Diperlukan waktu antara 15-30 minit untuk dapat mengembalikan kemampuan fikiran. Oleh kerana itu, penyelidik menyarankan agar seseorang setelah bangun tidur melakukan beberapa latihan ringan untuk memulihkan aktiviti otak.

Di sini, kita juga boleh memahami mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam banyak mengingatkan Allah selepas bangun dari tidur. Beliau kemudian berwuduk, berdoa dan solat. Jadi beliau menggunakan bahagian waktunya setelah tidur untuk berdoa dan berzikir sebelum melakukan aktiviti lain atau menentukan keputusan. Jika kita kaji pandangan para pengkaji sekarang ini, mereka menegaskan bahawa memori manusia berada pada kedudukan terendah selepas baru sahaja bangun dari tidur.

Para penyelidik memberi amaran kepada doktor yang berjaga malam juga pekerja dimalam hari yang memerlukan keputusan penting selepas bangun tidur. Disyorkan mereka untuk tidak mengambil keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan hingga selepas satu perempat jam selepas bangun tidur.
Inilah Sebabnya Allah swt berfirman:

“Allah memegang jiwa (seseorang) pada saat kematiannya dan jiwa (seseorang) yang belum mati ketika dia tidur, maka Dia tahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang berfikir. “(Qs. Az-Zumar: 42).

Ayat ini menjelaskan tentang pentingnya tidur dan kaitan antara tidur dengan mati. Kerana itu kita perlu dengan berzikir kepada Allah swt sebelum tidur dan selepas bangun dari tidur. Bercermin pada apa yang dilakukan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Apa Pelajaran yang kita perolehi dari kajian ini?

1. Jangan terlalu banyak tidu, dan bangunlah disaat solat Subuh. Gantilah sebahagian kekurangan tidur kita diwaktu malam dengan tidur sejenak diwaktu siang.

2. Manfaatkan waktu tidur kita dengan mendengar bacaan Al-Quran. Otak akan berfungsi menyimpan ayat-ayat yang dibacakan itu apabila kita tidur. Ini adalah salah satu cara untuk membantu kita menghafal Kitabullah.

3. Hal pertama yang harus dilakukan setelah bangun tidur adalah berdo’a sebagaimana diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nyalah kami dikumpulkan”.

Lalu berwudhulah, solat dan bacalah Al Qur’anul karim selama kira-kira 15 minit sekurang-kurangnya. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menambah keupayaan kita untuk membuat keputusan penting dalam hidup.

Khasiat berwuduk sebelum tidur



Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ‘) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap’ Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , “(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra).

Berwuduk mempunyai manfaat yang sangat besar. Bahkan ulama fikih menjelaskan hikmah wudhu sebagai sebahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani.
Sudah tentu setiap perintah Allah SWT itu mempunyai hikmah kebaikan disebaliknya. Dalam sekali aktiviti berwudhu, lima pancaindera terkena semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa!.

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, memetik sumber dari Al-I’jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan menyela-nyela jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki hingga mata kaki.

Lalu, bagaimana jika berwudhu dilakukan sebelum tidur? Nah, para pakar kesihatan di dunia sentiasa menganjurkan agar kita mencuci kaki mulut dan muka sebelum tidur. Bahkan, sejumlah pakar kecantikan menghasilkan alat kecantikan agar dapat menjaga kesihatan kulit muka.

Di samping itu tentunya anjuran untuk berwudhu juga mengandungi nilai ibadah yang tinggi. Jika seseorang berada dalam keadaan suci, bererti dia dekat dengan Allah. Kerana Allah akan dekat dan cinta kepada orang-orang yang berada dalam keadaan suci.

Khasiat berwuduk sebelum tidur

Pertama, menenangkan otot-otot sebelum berehat. Mungkin tidak terlalu banyak penjelasan. Boleh dibuktikan dalam ilmu perubatan bahawa percikan air wudhu itu merupakan suatu kaedah atau cara mengendurkan otot-otot yang kaku dalam beraktiviti. Kesan positifnya jika seseorang itu telah melakukan wudhu, maka fikiran kita akan terasa tenang. Badan tidak akan terasa letih.

Kedua, mencerahkan kulit wajah. Wudhu dapat mencerahkan kulit wajah kerana prestasi wuduk ini menghilangkan kotoran dalam kulit. Kotoran-kotoran yang melekat pada kulit wajah kita akan sentiasa hilang dan tentunya wajah kita menjadi cerah dan bersih.

Ketiga, didoakan malaikat. Malaikat akan sentiasa berdoa memohon perlindungan kepada umat muslim yang sentiasa berwudhu sebelum tidur. Malaikat adalah makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah. Nescaya doanya akan sentiasa dikabulkan oleh Allah. Oleh kerana itu, sentiasa lah berwudhu.

Monday, February 23, 2015

Seluruh Semenanjung Masjid Bersih Di Cuci ?

 

Dua Beradik Jalan Kaki Ke Seluruh Semenanjung Untuk Cuci Masjid 

Muar: "Kami sudah tiba di Muar dan selepas ini, kami akan berjalan ke di Batu Pahat, Johor Bahru, Mersing dan seterusnya ke pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum ke negeri di utara pula.

"Selepas itu, kami akan kembali ke Selangor untuk menamatkan pengembaraan di Masjid Shah Alam yang juga tempat kami bermula," kata Anas Aiman Jaffry, 27.

Anas ditemui di Pekan Parit Bakar di sini, hari ini, selepas 29 hari memulakan Kembara Berjalan Kaki 1Semenanjung Malaysia Membersihkan Masjid.

Dia melakukan kembara itu bersama adiknya, Muhamad Aidil, 24, dan rakan mereka, Hizammudin Aliddin, 25, serta memulakan kembara di Masjid Shah Alam, Selangor, 24 Januari lalu.

Sehingga ini, mereka sudah membersihkan 19 masjid di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dan akan berjalan lebih 1,000 kilometer untuk mengunjungi 132 masjid terpilih.

Katanya, tujuan kembara adalah bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa masjid milik semua.

“Antara keperluan dibawa termasuk khemah kerana khuatir kami tidak dibenarkan bermalam di masjid, selain bekalan ubat dan air.

"Kami juga menggunakan troli kecil bagi memastikan keselesaan membawa barang dan kembara dapat berjalan lancar.

“Kami semua berhenti kerja hanya untuk menjayakan kembara ini dan memilih berjalan supaya dapat menikmati pemandangan dan menyelami kehidupan masyarakat setempat," katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, mereka yakin mampu menamatkan kembara sebelum Ramadan kali ini.

“Kalau tidak mencapainya, kami akan tetap meneruskannya dan sedia berpuasa dan beraya di jalanan,” katanya.

Menurutnya, setiap seorang daripada mereka hanya mempunyai RM1,000 dan bersyukur orang ramai membantu menghulurkan makanan serta wang dan bagi mengurangkan beban mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Aiman, CIMB Bank 12051419414523.

Sunday, February 22, 2015

Ayat Quran Penawar Kanser



Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28).
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser. Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya.

Monday, February 16, 2015

Penting !!! Najis Yang Tidak Menjejaskan Solat



Seseorang yang hendak mendirikan sembahyang hendaklah terlebih dahulu memastikan dirinya, pakaiannya serta tempatnya bersembahyang suci daripada najis. Jika terdapat najis pada perkara-perkara yang disebutkan itu, maka hendaklah ianya dibersihkan terlebih dahulu sehingga tempat yang terkena najis itu menjadi suci. Salah satu daripada syarat sah sembahyang itu ialah suci tubuh badan, pakaian dan tempat sembahyang daripada najis yang tidak dimaafkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya:
“Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan!” (Surah al-Muddatstsir: 4)

Syarat suci daripada najis ketika di dalam sembahyang adalah juga berdasarkan hadits yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Jika datang darah haid maka tinggalkanlah sembahyang, dan jika telah berlalu haidh itu maka bersihkanlah (darah) dari dirimu dan kerjakanlah sembahyang.” (Hadits riwayat al-Bukhari)
Daripada ayat dan hadits di atas, jelas bahawa tidak sah sembahyang seseorang yang terdapat najis pada tubuh badan, pakaian atau tempatnya bersembahyang. Namun jika sekiranya najis itu merupakan najis yang dimaafkan, maka sembahyangnya adalah sah walaupun dia tidak menghilangkan najis dan menyucikan tempat yang terkena najis itu terlebih dahulu.

Untuk memudahkan seseorang itu melaksanakan ibadatnya, adalah perlu dia mengetahui apakah perkara yang dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan.

Apakah Dia Najis Yang Dimaafkan itu?

Menurut para ulama mazhab asy-Syafi‘e, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Berikut adalah sebahagian contoh najis-najis yang dimaafkan:

1. Najis yang tidak nampak pada pandangan mata kasar, walaupun ia daripada najis mughallazhah. Umpamanya darah yang terlalu sedikit atau air kencing yang terpercik sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat bersembahyang yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar.

2. Najis yang sedikit seperti darah nyamuk, agas atau kutu yang tidak mengalir. Begitu juga darah yang keluar dari kudis, bisul, jerawat kecil, luka atau nanah pada badan seseorang, pakaian atau tempatnya bersembahyang yang bukan disebabkan perbuatannya sendiri.

Jika darah tersebut keluar disebabkan oleh perbuatannya sendiri, umpamanya membunuh nyamuk yang ada pada bajunya atau memicit kudis atau jerawat sehingga mengeluarkan darah, maka darah tersebut tidak dikira sebagai najis yang dimaafkan.

Darah atau nanah luka yang banyak juga termasuk najis yang dimaafkan dengan syarat, iaitu:-
  • Darah atau nanah tersebut merupakan darah/nanah dari orang itu sendiri
  • Darah atau nanah itu keluar bukan disebabkan perbuatannya atau disenghajakannya.
  • Darah atau nanah yang keluar itu tidak mengalir dari tempatnya, seperti darah yang banyak itu tidak mengalir daripada lukanya.
3. Darah ajnabi iaitu darah orang lain yang terkena pada badan, kain atau tempat bersembahyang dengan kadar yang sedikit dengan syarat najis tersebut bukan dari najis mughallazhah iaitu daripada anjing dan babi. Jika ia berasal dari keduanya atau salah satu dari keduanya, tidaklah ia dimaafkan walaupun hanya sedikit.
Menurut Imam al-Adzra‘ie Rahimahullah bahawa adalah termasuk juga darah yang terpisah daripada badan seseorang itu yang kemudiannya terkena semula padanya sebagai darah ajnabi.

4. Darah yang sedikit yang keluar dari hidung atau darah yang keluar dari bahagian-bahagian tubuh seperti mata, telinga danyang seumpamanya, selain dari jalan tempat keluar najis seperti tempat keluar tahi.
Jika darah keluar dari hidung seseorang sebelum dia melakukan sembahyang dan terus menerus keluar darah tersebut, dalam hal ini jika pendarahan itu diharapkan berhenti dengan keadaan waktu sembahyang yang masih panjang, maka hendaklah ditunggu. Akan tetapi jika sebaliknya, hendaklah dia membersihkan dahulu darah tersebut dan hidungnya (tempat keluar darah tersebut), kemudian menyumbatnya dengan kapas umpamanya dan melapisnya dengan kain jika perlu.

5. Darah yang masih tinggal di tempat lukanya yang keluar hasil dari perbuatan mengeluarkan darah dengan tusukan atau berbekam, sekalipun banyak yang masih tinggal di tempat lukanya.

6. Darah yang keluar dari gusi bila tercampur dengan air ludah sendiri. Sah sembahyang bagi orang yang gusinya berdarah sebelum dicucinya darah tersebut selagi dia tidak menelan air ludahnya ketika di dalam sembahyang.

7. Sedikit tanah tempat laluan seperti jalanraya atau yang seumpamanya yang memang diyakini kenajisannya, dengan syarat najis tersebut tidak jelas di tempat itu dan dia telah pun berusaha untuk mengelak daripada terkena tempat laluan tersebut seperti tidak membiarkan hujung kain terkena tanah tempat laluan tersebut.
Perhatian: Dasar menentukan kadar sedikit atau banyak yang dimaksudkan bagi najis itu ialah merujuk pada adat kebiasaannya, iaitu apa yang dianggap oleh adat kebiasaan sebagai sedikit, maka dikira sebagai sedikit dan begitulah sebaliknya. Jika ada syak darah tersebut banyak atau sedikit, maka dihukumkan sedikit dan dimaafkan.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang mengutamakan kebersihan. Kerana itu umat Islam diperintahkan untuk memelihara diri dari segala najis sehinggakan suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat dijadikan sebagai salah satu syarat sah sembahyang. Walau bagaimanapun Islam juga adalah agama yang tidak membebankan umatnya dengan kesukaran. Contohnya pengecualian terhadap najis yang dimaafkan yang tidak menjejaskan kesahihan sembahyang, kerana kesukaran menghilangkannya atau mengelak dari terkena najis tersebut.

Saturday, February 14, 2015

Penggali kubur terkejut Beruk !!

 

ALOR SETAR – Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, pada Selasa.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan untuk menggali kubur bagi mengebumikan jenazah baru yang meninggal dunia kerana sakit jantung, bersebelahan kubur berkenaan.

“Selepas menggali tanah sedalam satu meter, tiba-tiba tanah bersebelahan runtuh dan kami dapati sebuah keranda yang masih sempurna di dalamnya. Kami terkejut kerana keranda itu sudah dikebumikan 15 tahun lalu.

“Bagaimanapun keranda itu masih sempurna seperti baharu sahaja dikebumikan. Tambah pelik, keranda itu berada dalam ruang yang kosong dan tanah tidak pula menutupinya,” kata Mansor kepada Sinar Harian.

Kain kafan masih putih

Mansor berkata, bagi memastikan keadaan jasad terbabit, dia membuka keranda dan melihat jenazah masih lagi sempurna dan tilam yang ada di dalam bagi melapik jenazah masih lagi kelihatan seperti baru.

“Oleh kerana kerja menggali kubur terpaksa dilakukan, saya memegang jenazah dan menolak keranda itu masuk ke dalam dan merasai jasad terbabit seperti baru dikebumikan,” katanya.

Kain kafan jenazah juga masih lagi putih dan tidak berbau.

“Pengalaman itu merupakan kali kedua saya alami sejak menjadi penggali kubur hampir 40 tahun di tanah perkuburan ini.

“Sebelum ini, pada 1980-an, saya serta beberapa rakan pernah terdengar ketukan sesuatu dari dalam kubur hingga menyebabkan imam terpaksa dipanggil bagi menyelesaikannya,” katanya.

Menurutnya, jenazah masih sempurna ditemui itu ialah seorang guru, Mohd Najib Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Mersing, Johor dan jenazah dibawa pulang dari Mersing dan dikebumikan di situ.

Syukur kebesaran ALLAH SWT

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdullah Omar, 75, dari Kampung Alor Melong di sini, berkata, semasa keluarganya mendapat tahu tentang keadaan jenazah anaknya itu, dia sungguh terharu dan bersyukur dengan kebesaran ALLAH SWT.

Katanya, semasa kerja menggali kubur dilakukan, seorang daripada anaknya turut berada di situ dan terkejut apabila melihat jenazah abang sulung mereka masih sempurna.

“Pada masa itu, semua yang ada tergamam melihat kubur yang sekian lama itu masih lagi sempurna apatah lagi keranda itu seperti berada di dalam gua.

“Anak saya bersyukur kerana inilah pengalaman pertamanya melihat jenazah lama yang masih lagi sempurna apatah lagi darah daging sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, semasa arwah dikafankan serta dibawa pulang dengan kenderaan jenazah dahulu, pemandu kenderaan terbabit memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang perjalanan dari Mersing, dia sentiasa terhidu bau wangi di dalam kenderaan sehinggalah tiba di kampungnya.

“Bagaimanapun pada masa itu pakcik hanya mendengar sahaja dan berdiam.

“Tetapi dengan peristiwa ini, sekali lagi ALLAH SWT menunjukkan kebesaran terutama kepada kita yang masih hidup ini,” katanya.

Al-Quran jadi teman rapat

Menurutnya semasa meninggal dunia, anaknya itu berusia 29 tahun dan dia seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap tetapi suka menolong saudara-mara dan rakan-rakan.

“Dia tidak pernah ingkar arahan jika diberikan tanggungjawab malah kerap membantu ibunya di dapur. Sebelum menjadi guru, dia pernah tinggal di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga selama beberapa bulan dengan bekerja sebagai warden di situ.

“Selain itu, arwah anak saya mengajar akademik kepada pelajar tahfiz di situ serta turut menjadi imam. Al-Quran merupakan teman rapatnya walaupun dia tidak menghafalnya,” katanya.

Mansor berkata, semasa arwah anaknya itu menetap di maahad terbabit, pelajar di situ sangat sukakannya sehingga setiap kali tiba musim cuti persekolahan, dia akan pulang melawat pelajar serta sentiasa prihatin dengan pengajian mereka.

“Di antara anak didiknya di maahad terbabit ialah bekas Adun Bukit Lada, arwah Ahmad Izzat Shauki,” katanya, lapor Sinar Harian.

Wanita Britain Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia


LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.

Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.

“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.

“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.

“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya.

Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam.

Ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga dan Harta Benda


Tidak syak Al-Quran memang merupakan pendinding dan pelindung daripada segala keburukan, Al-Quran Kalamullah, Allah Ta’ala memerintahkan apabila kita diganggu oleh syaitan maka kita memohon perlindungan kepadaNya, sebagaimana firmanNya:

وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (Fussilat 41:36)

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
  1. Al-Muawwizat
  2. Ayatul Kursi
  3. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
Al-Muawwizat iaitu;
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas

Cara:

  1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI
ayat-kursi
Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (Surah Al-Baqarah ayat 255)
CARA
  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
  3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
ayat-1-9-yassin
Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
CARA
  1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU
ayat-berkubu
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.
CARA
  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
ayat-penggerak
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
CARA
  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Monday, February 9, 2015

Snoop Dogg Masuk Islam ?



ROSEMONT - Penyanyi rap, Snoop Dogg (gambar) menghadiri majlis sambutan kelahiran pengasas Nation of Islam's dan memuji pemimpinnya, Louis Farrakhan selain mendedahkan dia menjadi anggota pergerakan itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Snoop atau nama sebenarnya Calvin Broadus memberikan sumbangan sebanyak AS$1,000 (RM3,728) kepada pergerakan itu dan menyatakan dia kerap menemui Farrakhan untuk menyelesaikan masalah.
Dia menggelar dirinya sebagai pemimpin komuniti hip-hop dan menyatakan kehadirannya dalam majlis sambutan kelahiran pengasas pergerakan itu, Fard Muhammad adalah yang pertama kali.

Ketika ditanya sama ada dia merancang untuk menganut agama Islam dan menjadi anggota Nation of Islam's cawangan Chicago, Snoop berkata dia sudah menjadi anggota pengerakan itu.

"Saya sudahpun berada dalam Nation of Islam's itu. Itulah sebab kenapa saya berada di sini. Saya merupakan seorang pembela keamanan," katanya.

Penyanyi itu tidak menjelaskan bila dia menyertai pergerakan itu. - AP

Another Micheal Jackson?Alhamdulillah..

313 Nama-nama Nabi Dan Rasul

 

 

Nama-name Rasul yang wajib diketahui :

  1. ADAM
  2. IDRIS
  3. NUH
  4. HUD
  5. SALLEH
  6. LUT
  7. IBRAHIM
  8. ISMAIL
  9. ISHAQ
  10. YA'KUB
  11. YUSUF
  12. SYUIB
  13. MUSA
  14. HARUN
  15. YUNUS
  16. ILYAS
  17. SULAIMAN
  18. DAUD
  19. ILYASA'
  20. AYYUB
  21. ZULKIFLI
  22. ZAKARIA
  23. YAHYA
  24. ISA BIN MARYAM
  25. MUHAMMAD S.A.W 

 

313 Nama-nama Nabi Dan Rasul ( Penuh )


 
  1. ADAM (1)
  2. SYITH
  3. ANUS
  4. QINAQ
  5. MAHYAIL
  6. AKHNUKH
  7. IDRIS (2)
  8. MUTARASHDAKH
  9. NUH (3)
  10. HUD (4)
  11. ABHAF
  12. MARDARIM
  13. SYARAQ
  14. SALLEH (5)
  15. AZFAHSYA
  16. SAFWAN
  17. HANZALAH
  18. LUT (6)
  19. ISAN
  20. IBRAHIM (7)
  21. ISMAIL (8)
  22. ISHAQ (9)
  23. YA'KUB (10)
  24. YUSUF (11)
  25. SYAMAIL
  26. SYUIB (12)
  27. MUSA (13)
  28. LUTAN
  29. YA'WA
  30. HARUN (14)
  31. KALIL
  32. YUSHA'
  33. DANIAL
  34. YUNUSH
  35. BALIA
  36. ARMIA
  37. YUNUS (15
  38. ILYAS (16)
  39. SULAIMAN (17)
  40. DAUD (18)
  41. ILYASA' (19)
  42. AYYUB (20)
  43. AUS
  44. ZANIN
  45. ALHAMIA
  46. SABIT
  47. GHABIR
  48. HAMILAN
  49. ZULKIFLI (21)
  50. UZAIR
  51. IZQALAN
  52. 'IZAN
  53. ALWUN
  54. ZAIN
  55. 'AZIM
  56. HARBUD
  57. SYAZAN
  58. SA'AD
  59. GHOLIB
  60. SYAMAS
  61. SYAM'UN
  62. QOYADH
  63. SODHO
  64. SORAM
  65. INADH
  66. SAYAM
  67. AUDHUN
  68. BUYURZAR
  69. KAZUL
  70. BASAL
  71. BASAN
  72. LAKHIN
  73. GHALDAT
  74. RASUGH
  75. RASHAIN
  76. ALMUN
  77. LUGH
  78. BARSUA
  79. AL AZIM
  80. RASYAD
  81. SYARIB
  82. HAIBAL
  83. MILAN
  84. IMRAN
  85. HARYIB
  86. JURAIT
  87. SYAMAG
  88. SARIKH
  89. SAFAN
  90. QUBAIL
  91. DHOGFA'
  92. ISUN
  93. ISAF
  94. SODIF
  95. BARWAQ
  96. HASIM
  97. HIYAM
  98. ASIM
  99. WAJAN
  100. MISDA'
  101. ARIS
  102. SYARJIL
  103. KHORBIL
  104. KHORQIL
  105. ASYMU'IL
  106. SHAMDAM
  107. KABIR
  108. SIBAT
  109. UBBAD
  110. BASLAKH
  111. RAIHAN
  112. AMDAN
  113. MIRQAN
  114. HINAN
  115. LUHANA
  116. WALAM
  117. BA'YUL
  118. BASAS
  119. HABAN
  120. AFLIQ
  121. QAZIM
  122. NASIR
  123. AURIS
  124. MADH'AS
  125. JUZAIMAH
  126. SYARU
  127. WAHIL
  128. MA'NA'IL
  129. MUDRIK
  130. HARIM
  131. BARAQ
  132. HARMIL
  133. JABID
  134. ZARQAN
  135. ASFUN
  136. BARJAJ
  137. NAWA
  138. HAZRAIN
  139. ASHBIL
  140. ATAF
  141. MUHIL
  142. ZANJIL
  143. SYAMTAN
  144. ALQUM
  145. HUWAILID
  146. SOLAH
  147. SANUKH
  148. RAMIL
  149. ZAMIL
  150. QASIM
  151. BAYIL
  152. BAZAL
  153. KABLAN
  154. BATAR
  155. HAJIM
  156. JAWAH
  157. JAMIR
  158. HAJAN
  159. RASAL
  160. WASAM
  1. RADAN
  2. SADAM
  3. SYUSHA
  4. JAZAN
  5. SOHAD
  6. SOBHAN
  7. KALWAN
  8. SOAD
  9. GHOFRAN
  10. GHAYAR
  11. BULDAKH
  12. HAIDAN
  13. LAWA
  14. HAIRA'
  15. NASO
  16. HANAK
  17. HAFIKH
  18. KASYIKH
  19. LAFAS
  20. NAYAM
  21. HASYIM
  22. HIJAM
  23. MAIZAD
  24. ASIMAN
  25. RAHILA
  26. LATAF
  27. BARTHAFURAN
  28. ABAN
  29. AURAIS
  30. MUHMATASAR
  31. ANIN
  32. NAMAKH
  33. HANDAWIL
  34. MABSHAL
  35. MUDH'ATAM
  36. THOMIL
  37. THOBIKH
  38. MAHMAM
  39. HAJRAM
  40. 'ADUN
  41. MANBAD
  42. BARUN
  43. RAWAN
  44. MA'BAN
  45. MAZAHIM
  46. YAHID
  47. LAMA
  48. FARDAN
  49. JABAR
  50. SALUM
  51. 'IS
  52. HARBAN
  53. JABUK
  54. YABUJ
  55. MINAT
  56. QANUH
  57. DARBAN
  58. SOKHAM
  59. HARODH
  60. HIRADH
  61. HARQIA
  62. NUKMAN
  63. AZMIL
  64. MAZHAM
  65. MAIDAS
  66. YANUKH
  67. YUNUS
  68. SASAN
  69. FARYAM
  70. FARYUSH
  71. SUHAIB
  72. RUKNU
  73. RUKHNU
  74. AMIR
  75. SAHNAQ
  76. ZAHUN
  77. HINIM
  78. AYAB
  79. SOBAH
  80. ARFUN
  81. MIKHLAD
  82. MARHAM
  83. SONID
  84. GHALIB
  85. ABDULLAH
  86. ADRAZIN
  87. ADSAR
  88. ZAHRAN
  89. BAYA'
  90. NADZIR
  91. HAURIN
  92. KAIWASYIM
  93. FATWAN
  94. 'ABUN
  95. RABAKH
  96. SOBAKH
  97. MASLUN
  98. HIJAN
  99. RUBAL
  100. RABUN
  101. MA'ILA
  102. SAYAN
  103. ARJIL
  104. BAIGHIN
  105. MATDHOH
  106. ROHIN
  107. MAHRAS
  108. SAKHIN
  109. HIRFAN
  110. MAHMUN
  111. HAUDHAN
  112. ALBA'UN
  113. WA'DU
  114. RAKHYUL
  115. BAIGHAN
  116. BAITIHUR
  117. HAUZOBAN
  118. 'AMIL
  119. ZAHRAM
  120. 'AIS
  121. SOBIH
  122. YATBA'
  123. JARAH
  124. SUHAIB
  125. SOBHAN
  126. KALMAN
  127. YUKH
  128. SAMYUN
  129. 'IRDHUN
  130. AUHAR
  131. YALBAQ
  132. BARA'
  133. 'AIL
  134. KAN'AN
  135. HAFDUN
  136. HISMAN
  137. YASMA'
  138. 'IRFUR
  139. ARMIN
  140. FADHAN
  141. SOFA
  142. SYAM'UN
  143. RASAS
  144. IQLABUN
  145. SYAKHAM
  146. KHA'IL
  147. AKHYAL
  148. HAYAJ
  149. ZAKARIA (22)
  150. YAHYA (23)
  151. JARJIS
  152. ISA BIN MARYAM (24)
  153. MUHAMMAD S.A.W (25)

Nama-nama Terlarang Dalam Islam



Nama-nama Dilarang dalam Islam (Panduan menamakan anak)

AbkamTidak celik, buta
AbiqahHamba yang lari dari tuannya
AfinahYang bodoh
AsyarPaling jahat
AsyirahYang tidak bersyukur atas nikmat
AmahHamba suruhan perempuan
BaghiahYang zalim, jahat
BahimahBinatang
BalidahYang bodoh, bebal
BakiahYang menangis, merengek
BaqarahLembu Betina
BatilahYang batil, tidak benar
DabbahBinatang
DahriyahYang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
DahisyahGoncang, stress
DarakahKedudukan yang rendah
DaniyahYang lemah dan hina
Dami'ahYang mengalir air matanya
FasidahYang rosak, yang binasa
FasiqahYang jahat, si fasik
FasyilahGagal, kalah
FajirahYang jahat, yang berdosa
Faji'ahKecelakaan
GhafilahYang lalai, yang leka
GhailahKecelakaan, bencana
GhaibahHilang
GhasibahPerampas, perompak
GhamitahYang tidak mensyukuri nikmat
GhawiahYang sesat, yang mengikut hawa nafsu
HaqidahYang dengki
HasidahYang hasad
HazinahYang sedih
HuznKesedihan
KhabithahYang jahat, yang keji
Khali'ahYang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ahYang bersalah, yang berdosa
KhasirahYang rugi
KhamrahArak
JariahHamba suruhan perempuan
JafiahYang tidak suka berkawan
KaibahYang sedih
KafirahYang kafir, yang ingkar
KamidahYang hiba, yang sangat berduka
KazibahPendusta, pembohong
LahabBara api
LaghiahSia-sia, tidak berfaedah
La'imahYang tercela
LainahYang terkutuk
LahifahYang sedih, menyesal dan dizalimi
MaridahYang menderhaka
MajinahYang bergurau senda tanpa perasaan malu
MajusiahAgama menyembah api atau matahari
MunafikahYang munafik
MusibahCelaka, bencana, kemalangan
NariahApi
NasyizahYang menderhaka dan melawan suami
NajisahYang najis dan kotor
QabihahYang buruk, hodoh
QatilahPembunuh
QasitahYang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
QazurahKejahatan, perzinaan
RajimahYang direjam, yang dilaknat
Razi'ahKecelakaan, musibah
RazilahYang keji dan hina
SakitahYang jatuh, yang hina, yang jahat
SafilahYang rendah dan hina
SahiahYang pelupa
SakirahPemabuk
SyafihahYang bodoh
SyaridahYang diusir
SyaqiyahYang menderita
Syarrul BariyyahSejahat-jahat manusia
Syani'ahYang buruk
SyarisahYang buruk akhlak
SyatimahMaki hamun
SyariqahPencuri
TalifahYang rosak, yang binasa
TarbiyahYang papa kedana
TarikahAnak dara tua
TafihahKarut
TalihahYang tidak baik
YaisahYang berputus asa
YabisahYang kering, yang sedikit kebaikannya
WahinahPenakut
WaqihahYang kurang sopan dan malu
WasikhahYang kotor
WasyiahYang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
WahimahYang lemah
WahiahYang lemah, yang jatuh, yang buruk
WajilahPenakut
WailahBencana, keburukan
Waqi'ahPertempuran dalam peperangan, umpatan
ZalijahKebinasaan
ZalilahYang hina
ZalimahYang zalim
ZaniyahPenzina, pelacur
ZufafahRacun pembunuh

Nama Islam Anak Lelaki Untuk Huruf Q




Qa'idPemimpin
QabusOrang yg gagah, tampan dan baik kulitnya
Qadirable, powerful
Qaidqaayed-leader
QaiserRaja
Qani'Puas
QarinYang dekat, teman
QashidYang menuju pd kemudahan
QasimDivider, distributor
QaulalhaqPerkataan yang benar
QaysFirm
QiyamanPokok kehidupan
QobusLelaki berwajah tampan
QoidPemimpin
QosiimYang molek, bagian
QosimGanteng, yang membagi
QudamahLama, dahulu
Qudsholiness, sanctity
QuraisySuku bangsa arab asal Rasulullah SAW
QushayyiJauh pemikirannya, nama nenek moyang Nabi Quthb,
QutaybahIrritable, impatient
QutubPemimpin, kutub

Wajib Baca !!! 9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya Yang Ramai Tidak Tahu

Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam admin ni kan? Bila kita dah tau, boleh la kita usaha untuk tidak kalah bila digoda atau diganggu oleh mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan ...

1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Sunday, February 8, 2015

Pengertian Dakwah & Tabligh & Iman

 

Maksud dakwah dan tabligh menurut Kitab Muntakhab Hadith karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan kita hendaklah berusaha menghidupkan usaha agama dengan cara Rasulullah s.a.w. diseluruh alam untuk membetulkan keyakinan dan amalan kita sendiri dan untuk membawa seluruh umat kepada keyakinan dan amalan yang betul.
 
Dakwah Laa ilaha iallah ialah dakwah fardhu ain ke atas setiap orang beriman. Laa ilaha ilallah adalah kalimah iman. Menurut hadis diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
 
"Iman mempunyai 70 lebih cabang. Antara cabang iman itu, yang paling afdhal mengucapkan kalimah Laa ilaha ilallah. Cabang iman yang paling rendah ialah mengalihkan sesuatu yang menyakiti dari jalan. Sementara sifat malu ialah satu cabang (yang penting) daripada iman."(Muslim)
 
Iman satu-satunya perkara penting yang wajib ada pada setiap orang beriman. Tanpa iman, apabila mati, cium bau syurga pun tak dapat. Apakah maksud iman?. Maksud iman menurut Kitab Muntakhab Hadith karangan Maulana Yusuf Alkandahlawi rah. mengatakan makna iman dari segi bahasa ialah menerima dengan penuh yakin penyampaian seseorang yang tertentu kerana kepercayaan terhadapnya. Sementara dalam istilah agama pula makna iman ialah menerima dengan yakin perkhabaran Rasulullah s.a.w. tanpa melihat dengan mata sendiri semata-mata kerana mempercayai baginda s.a.w.
 
“Wahai orang yang beriman; berimanlah kamu kepada Allah, Rasul-Nya (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam ), kitab yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan kitab yang telah diturunkan sebelumnya. Barangsiapa kafir (tidak beriman) kepada Allah, malaikat-Nya. kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan Hari Akhirat, maka sesungguhnya orang itu sangat jauh tersesat.” (QS. An Nisaa’ (4): 136
 
Allah s.w.t. telah perintahkan orang yang beriman supaya berusaha untuk memperbaiki iman sehingga seluruh kehidupan kita mengamalkan agama dengan sempurna. Begitu juga dengan Rasulullah s.a.w. telah perintahkan para sahabat untuk memperbaharui iman sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Hadzrat Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
 
"Hendaklah kamu selalu memperbaharui iman kamu." Para Sahabat r.a. bertanya,"Wahai Rasulullah, bagaimana kami memperbaharui iman kami?". Baginda s.a.w. bersabda,"Perbanyakkan ucapan Laa ilaha ilallah".(Musnad Ahmad, Tobarani: Targhib)
 
Insya Allah kita azam untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. dengan sediakan diri dan orang lain, korbankan harta dan lapangkan masa selama 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Insya Allah....azam..

Istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh




Beberapa istilah yang terdapat di dalam usaha dakwah dan tabligh ( Jamaah Tabligh ).?

Beberapa istilah ini untuk memudahkan rangka kerja usaha dakwah kerana aktivis daripada pelbagai latar belakang yang berlainan terutamanya negara dan bahasa yang berbeza. Seseorang tidak pernah diwajibkan untuk mengingati istilah-istilah ini, sebaliknya akan mudah difahami dan diingati sesuai dengan masa dan pengalaman bersama jemaah. Alim ulama juga menasihatkan supaya tidak menggunakan istilah-istilah ini di khalayak umum sebaliknya menggunakan bahasa yang mudah difahami seperti ‘bayan’ disebut sebagai ‘perbincangan/ muzakarah iman dan amal’, ‘karkun’ kepada ‘rakan seusaha’, ‘rahaba’ kepada ‘penunjuk jalan’.

Istilah yang dinyatakan :

Amir:? Pimpinan yang diangkat untuk suatu tempat. Juga pimpinan yang diangkat untuk suatu jamaah keluar di jalan Allah. Tugas Amir adalah berkhidmat kepada jamaah, bukan sebagai diktator.

Bayan:?Majlis Penerangan untuk menerangkan maksud dan tujuan usaha tabligh. Bayan biasanya berkisar untuk membicarakan enam sifat utama yang perlu diusahakan. (a) Keyakinan kepada kekuasaan Allah Swt dan keyakinan yang teguh kepada sunnah Rasulullah Saw. sebagai sumber kejayaan yang hakiki. Inilah anjuran dari kalimah Tayyibah: Laailaaha illallah Muhammadur rasulullah. (b) Memperbaiki shalat supaya menjadi shalat yang ampuh untuk mendapatkan pertolongan Allah. Shalat diusahakan supaya mirip dengan shalatnya Rasulullah Saw. (c) Ilmu dan dzikir, keduanya saling berkaitan. Sebagai alat untuk mengingat Allah dan mendekati Allah. (d) Ikramul Muslimin, yaitu menghormati dan menjaga hak-hak orang Islam. (e) Memperbaiki niat (tasyhih niat), yaitu menjaga niatnya semata-mata karena Allah,bukan untuk tujuan lain. (f) Dakwah dan tabligh yaitu: Suatu usaha yang perlu dilakukan untuk menerapkan pentingnya usaha dakwah dan tabligh di kalangan umat yang menjadi teras umat yang terbaik. Di akhir bayan dilakukan tasykil untuk mengajak orang banyak agar dapat meluangkan waktunya untuk keluar di jalan Allah.

Bayan Hidayah:?Bayan untuk menerangkan ushul-ushul tabligh di jalan Allah. Kerangka kerja luar di jalan Allah. (*nasihat-nasihat terhadap jemaah yang telah dibentuk sebelum berangkat khuruj, perkara terpenting ialah mengikuti tertib-tertib yang telah diberikan dalam usaha dakwah dan tabligh).

Bayan Wafsi:?Bayan untuk mereka yang baru pulang dari keluar di jalan Allah. Kerangka kerja tempatan juga diterangkan kepada mereka. (*nasihat-nasihat yang diberikan setelah jemaah kembali dari khuruj, perkara yang terpenting ialah menjalankan kerja-kerja dakwah di tempat sendiri. Disebut juga sebagai bayan tangguh. Ada juga menyatakan istilah yang sepatutnya adalah bayan hidayah amal maqami.)

Buzruq:?Orang alim atau ulama serta orang-orang yang telah lama mengikuti usaha tabligh serta mempunyai kepahaman cukup luas di bidang usaha tabligh.

Cillah:?Satu jangka waktu (sekitar 40 hari) yang dijalani oleh ahli-ahli tabligh (karkun) untuk berusaha memperbaiki diri dari segi iman, amal, akhlak dan lain-lain. Untuk hal ini, para ahli tabligh hendaknya menyempurnakan cillahnya sekurang-kurangnya satu kali dalam setahun. Dan paling sedikit meluangkan waktunya 3 cillah (4 bulan) seumur hidup. (*tahapan cillah senantiasa meningkat, sekarang dikehendaki memenuhi 3 cillah setiap tahun.)

Dzihin:?Membentuk pikir supaya senantiasa risau dengan keadaan agama. Juga membentuk pikir supaya senantiasa berghairah untuk berusaha ke arah iman dan pikir umat.

Ghast:?Ziarah dari rumah ke rumah atas maksud iman. (Jaulah) usaha yang mirip dengan yang dilakukan Rasulullah Saw. ketika pergi berjumpai setiap orang di Makkah. (*disebut juga sebagai dakwah umumi. Ghast ini dilakukan sebelum maghrib atau selepas solat maghrib dengan dimulai muzakarah adab ziarah. Program harian semasa keluar di jalan Allah dan program mingguan semasa berada di tempat tinggal atau maqami. Sekurang-kurangnya 45 minit masa yang dikehendaki.)

Hadhatji/ Hadratji:?Amir bagi seluruh dakwah tabligh di seluruh dunia.

Halaqah: Dalam setiap markas, dibagi menjadi beberapa kawasan yang disebut halaqah. Halaqah terdiri dari beberapa sub halaqah dan sub halaqah dibagi lagi menjadi mohalla-mohalla. (*turutan kurang lebih Markas dunia (Nizamuddin) >?Markas Negara?>Sub Markas?(markas-markas dalam negara) > Halaqah > Sub Halaqah > Mohalla (masjid/ surau di kampung atau taman perumahan.)

I’tikaf:?Bermalam atau duduk di masjid dalam jangka waktu tertentu sambil melakukan beberapa amalan masjid.

Ijtima:?Satu perhimpunan tahunan yang diadakan untuk menghimpun orang banyak untuk keluar di jalan Allah. ( *Perhimpunan usaha dakwah dan tabligh di satu-satu negara sama ada akan dibuat setiap tahun, dua tahun atau tiada penetapan tertentu berpandukan mesyuarat dunia di Nizamuddin.)

Ijtima’i:?Usaha secara bersama-sama. (*aktiviti/ amalan yang dilakukan secara berjemaah seperti ghast, taklim, bayan, muzakarah; amalan ijtima’i ini diutamakan daripada amalan yang dilakukan secara bersendirian.)

Ikhtilat dan tafakud:?Memilih dan mempertemukan mereka yang layak untuk dibentuk ke dalam jamaah yang akan keluar di jalan Allah.

Ikram:?Memuliakan.

Infiradi:?Usaha secara perorangan. (*aktiviti/ amalan individu seperti berzikir, solat sunat, rehat dan lain-lain. Apabila waktu bersamaan dengan amalan ijtima’i, dinasihatkan bersegera meninggalkan apa jua aktiviti/ amalan infiradi)

Intizam:?Pekerjaan pengurusan, pengendalian dan pengelolaan untuk menyelenggarakan perhimpunan (jord, ijtima’ dan sebagainya.)

Islah:?Memperbaiki diri dalam usaha jamaah tabligh. Program-program tertentu dibuat untuk pengislahan melalui usaha dakwah, ta’lim, ibadah dan dzikir serta khidmat.

Israf:?Berlebihan.

Istiqbal:?Penyambutan tamu yang menyambut tamu-tamu yang datang untuk menghadiri majelis perhimpunan atau majelis bayan dan sebagainya. (*dalam perhimpunan besar seperti ijtima’, akan dibentuk jemaah istiqbal dan disediakan ruangan khusus dan merupakan bahagian terpenting dalam kerja pendataan ijtima’. Selain itu, di tiap markas negara juga ada jemaah khusus istiqbal bertujuan pendataan jemaah yang keluar masuk ke markas.)

Jamaah:?Sekelompok orang yang memiliki pikir yang sama dan maksud serta usaha yang sama pula.

Jaulah: Berkeliling menjumpai manusia untuk mengajak taat kepada Allah. (*sinonim ghast, ziarah)
 
Jazbah:?Semangat atau keghairahan dan perasaan cinta seseorang terhadap usaha agama dan yang berkaitan dengan itu.

Jord:?Perhimpunan untuk mendapatkan nasehat serta memperbaharui tekat untuk azam, juga untuk mempererat hubungan antara ahli. Jamaah-jamaah juga dibentuk di sini untuk dikirim ke seluruh dunia. (*perhimpunan yang diadakan lebih kecil berbanding dengan ijtima’, sama ada peringkat markas, negeri atau wilayah.)

Josh:?Perasaan berkobar-kobar yang luar biasa yang kadang-kadang melewati batas kewajaran karena terlalu suka atau terlalu marah.

Kalamullah:?Firman Allah.

Karkun:?Rekan-rekan satu usaha dalam dakwah dan tabligh. (* di Indo-Pak disebut sebagai ‘saathi’ manakala di Yaman, ‘shahibuddakwah’. Ulama dakwah & tabligh tidak pernah menganjurkan istilah ini kerana kekhuatiran sifat ekslusif, kerja dakwah bukan untuk selain karkun atau menimbulkan semangat assobiyyah.)

Khadim:?Orang yang bertugas melayani.

Khidmat:?Pelayanan atau melayani.

Khuruj Fi Sabilillah:?Keluar ke jalan Allah, yaitu keluar dari tempat kediaman bergerak di jalan Allah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu masjid ke masjid lain di seluruh dunia untuk menjalin silaturahmi dan berdakwah atau tabligh.

Korban:?Maksudnya adalah mengorbankan waktu, harta dan tenaga. Tanpa pengorbanan itu, usaha jemaah tidak akan tercapai.

Mahabbah:?Kecintaan.

Maqami:?Kerja dakwah di tempat sendiri.

Markas atau Subguzari: Tempat perhimpunan atau tempat pertemuan untuk menyelaraskan kerja-kerja dakwah dan tabligh, membentuk jamaah serta mengeluarkan jamaah di jalan Allah. Juga bermalam di setiap pekan (minggu) yang dikenal sebagai malam Subguzari.

Mohalla:?Tempat tinggal para aktivis tabligh di tempat medan usahanya di tengah-tengah masyarakat setempat. Di sinilah dihidupkan ghast atau usaha dakwah tempatan.

Mu’amalah:?Hubungan yang berkaitan dengan transaksi atau perniagaan.

Mua’syarah:?Hubungan dalam pergaulan sosial.

Mudzakarah:?Saling mengingatkan.

Mujahadah:?Bekerja keras melawan kehendak hawa nafsu yang rendah serta tabah menghadapi berbagai ujian baik lahiriah maupun batiniah atau perasaan.

Musaffah:?Berjabat tangan atau salam. Biasanya dalam jamaah, musaffah dilakukan dengan orang lama atau alim ulama sebelum jamaah keluar di jalan Allah.

Mutakallim:?Juru bicara, yakni orang yang ditugaskan untuk berbicara ketika berjumpa dengan orang-orang yang ditemui pada waktu membuat ghast (jaulah).

Purdah:?Sejenis kain yang menutupi wajah wanita.

Rahaba:?Petunjuk jalan yang akan mempertemukan orang yang akan dijumpai dengan mutakallim.

Routes:?Tempat atau rangkaian tempat yang akan dikunjungi jamaah dalam usahanya. (*contohnya, Jemaah jalan kaki akan keluar selama 2 bulan di Kelantan dan Terengganu. Jemaah 4 bulan negara jauh akan ke Germany.)

Ta’lim:?Mengajar atau mempelajari.

Takazah:?Kehendak, keperluan dan tuntutan yang dibentangkan untuk disambut dan dipenuhi karkun-karkun tabligh dalam usaha agama. (*Takazah akan dibentangkan di dalam mesyuarat yang diadakan sama ada dalam peringkat markas, halaqah atau di mohalla-mohalla tempatan (masjid/ surau). Contohnya, i) Jord pelajar akan diadakan, setiap halaqah diberi tugasan untuk menyediakan sama ada khidmat minuman, makanan dan pembersihan. ii) Target ijtima’ mengeluarkan 700 jemaah 4 bulan, maka di setiap markas, tasykil 4 bulan sebanyak-banyaknya perlu dibuat sebelum ijtima’. iii) 7 jemaah dari Arab akan tiba pada bulan hadapan, takazahnya adalah menyediakan beberapa ustaz/ pelajar untuk menyertai jemaah ini sebagai penterjemah bahasa Arab, maka di setiap mohalla dan halaqah akan melakukan tasykil.)

Taqrir:?Pembicaraan mengenai iman dan amal saleh untuk lebih menguatkan dan menumbuhkan semangat, juga menghadirkan hati dan pikiran sehingga dapat ditasykil untuk keluar di jalan Allah. Biasanya dilakukan di masjid ketika rombongan jaulah sedang berkeliling ke rumah-rumah. Atau pada hari (malam) Ijtima’ markas yang dilakukan pada sore (petang) hari.

Targhib:?Memberi perkataan (ucapan) kepada orang lain/ dorongan untuk membangkitkan rasa suka.

Tarhib:?Kata-kata untuk memperingatkan diri sendiri.

Tasykil:?Usaha membujuk atau mengajak orang banyak dengan memberikan ajakan-ajakan dan keterangan-keterangan agar dapat meluangkan waktu di jalan Allah.

Tawajjuh:?Memusatkan perhatian kepada sesuatu.

Tilawah:?Membaca. Biasanya digunakan sebagai istilah dalam membaca Al- Quran.

Ushul-Ushul:?(atau adab dan usul); Tata tertib; Tertib-tertib jama’ah yang perlu diperhatikan ketika sedang menjalankan usaha tabligh.

Zon:?Pembahagian kawasan menurut rangka usaha tabligh. Kawasan-kawasan ini tidak dibatasi oleh zon politik.

Zumidar/ Zumindar:?Orang yang bertanggungjawab dalam suatu tugas dalam rangka usaha jama’ah ketika amir tidak ada.

Bairuni atau Intiqoli:?Merujuk kepada keluar di jalan Allah. Contoh, usaha maqami (tempatan) dan usaha bairuni?(luar).

Bayan Ta’ruf:?Majlis penerangan untuk memperkenalkan jemaah setelah tiba di tempat tujuan. Lazimnya dilkukan setelah melakukan solat fardhu zuhur.

Bayan Subuh:?Penerangan berkenaan 6 perkara atau sifat utama yang ada pada sahabat Rasulullah Saw.

Bayan Asar:?Penerangan mengenai kepentingan dakwah. Bertujuan targhib dan menyediakan jemaah masjid/ surau untuk melakukan ghast (jaulah).?

Bayan Maghrib:?Penerangan berkisar dalam 6 perkara dan bertujuan mengajak jemaah masjid/ surau meluangkan waktu untuk khuruj di jalan Allah.

Bazaar:?Kedai atau gerai perniagaan yang ada di sekitar markaz.

Chai/ Garam Chai:?Minuman teh susu (pekat), ditambah dengan sedikit garam.?

DTI:?Singkatan kepada dakwah, taklim dan istiqbal. Usaha ziarah dilakukan seperti ghast (jaulah), tiada majlis penerangan/ bayan.?

Faisala:?Pembuat keputusan dalam mesyuarat halaqah atau markaz.?

IPB:?Singkatan kepada India, Bangladesh dan Pakistan.?Aktivis diisyaratkan untuk khuruj ke negara ini terlebih dahulu sebelum ke negara-negara lain bertujuan mendengar nasihat-nasihat alim ulama dan mempelajari cara kerja usaha dakwah dan tabligh mengikut tertib yang betul.?

Karguzari:?Laporan atau natijah/ hasil usaha dakwah tabligh yang telah dilakukan. Akan dibentangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan sama ada di peringkat markas, halaqah atau mohalla.

Khususi:?Usaha ziarah yang dilakukan terhadap golongan-golongan tertentu. Contohnya; ziarah kepada penanggungjawab masjid/ surau, ustaz atau alim ulama, karkun/ rakan seusaha yang ‘berehat’ dan sebagainya.

Masturoh/ Masturat:?Wanita. Wanita juga khuruj di jalan Allah bersama-sama dengan mahramnya yang dipanggil jemaah Masturat. Ada program khusus seperti bayan dan taklim masturat mingguan. Maklumat program, usaha atau tertib masturat boleh mencarinya melalui laman-laman bermanfaat di internet.?

Masyaikh atau Eldest:?Alim ulama atau orang lama/awwalin dalam usaha dakwah.?

Mesyuwarah/ Mesyuarat:?Perbincangan untuk mencapai kata putus dalam rangka kerja penyelarasan dan agihan tugasan usaha dakwah. Lazimnya dimulai dengan dzihin/ targhib dan penerangan adab-adab mesyuarat. Karguzari dan takazah merupakan perkara penting dalam mesyuarat.?Mesyuarat dilakukan di pelbagai peringkat; mesyuarat harian di setiap mohalla, mesyuarat mingguan untuk setiap halaqoh dan markas serta mesyuarat bulanan di setiap markas.

Mutarjim:?Penterjemah bahasa.?

Muzakkir atau Zakirin:?Seseorang yang diberi tanggungjawab untuk berzikir dan berdoa memohon pertolongan dan hidayah Allah di dalam program ghast (jaulah).?

Nisob/ nisab:? Jangka masa khuruj Fi Sabilillah yang perlu dipenuhi oleh aktivis iaitu 3 hari atau 10 hari setiap bulan dan 40 hari atau 4 bulan setiap tahun. Tahapan nisab ini senantiasa meningkat bersesuaian kemajuan usaha. Apa yang dikehendaki, aktivis bersedia keluar khuruj pada bila-bila masa dan keadaan mengikut takazah.

Nusrah/ Nusroh:?Bantuan atau kerjasama.

Syura/ Syuro:?Penanggungjawab di satu-satu markaz. Beberapa syura akan dilantik bagi setiap markaz.

Ta’am / To’am:?Makanan. Khidmat ta’am merujuk kepada khidmat menyediakan makanan kepada jemaah.

Tamsil/ Tamthil:?Perumpamaan; analogi; perbandingan.

Beberapa panggilan jemaah :

Jemaah Pelajar, Jemaah Ulama, Jemaah Santri, Jemaah Khawas (orang-orang kaya atau berpangkat), Jemaah Hafiz, Jemaah Jalan Kaki, Jemaah Masturat (wanita/ pasangan mahram), Jemaah Cikgu (atau profesion kerja), Jemaah Awam (orang awam), Jemaah Foreign/ Afrika (atau nama-nama tempat/ negara), Jemaah 4 bulan (atau tempoh-tempoh khuruj), Jemaah Runcit (ahli-ahli jemaah berlatar belakang negara/ tempat/ bahasa yang berbeza-beza).