Saturday, March 7, 2015

Subhanallah...Menakjubkan! Keindahan Tasik Ini Terbentuk Oleh Kejatuhan Meteor


Kanada menyimpan fenomena alam luar biasa, iaitu Pingualuit Crater Lake (Tasik Kawah Pingualuit) yang  berada di Wilayah Quebec. Berbeza dengan tasik pada umumnya, Pingualuit mempunyai keunikan dan daya tarik tersendiri. Keunikan apakah itu?

Bentuknya hampir sempurna bulat dan tepiannya dikelilingi dinding kawah yang sedikit lebih tinggi. Sehingga kelihatan seperti tasik kawah di gunung berapi atau  nampak seperti kawah di bulan. Tapi ternyata tidak demikian setelah dilakukan ekspedisi dan penyelidikan.

Pingualuit terbentuk daripada sebuah meteorit kuno yang menghentam bumi. Menurut kajian jatuhnya meteor dari angkasa yang akhirnya membentuk tasik kawah itu dianggarkan kurang lebih 1.4 juta tahun yang lalu.

Kedalaman tasik unik ini kira-kira 400 meter, berdiameter 3.44 km, dan bibir tepian kawahnya menjulang setinggi 160 meter. Menariknya lagi iaitu airnya, dipenuhi air bersih berwarna biru dan sangat bening. Pingualuit termasuk salah satu tasik paling jernih atau bening di muka bumi. Visibilitasnya mencapai 35 meter, ertinya hingga kedalaman 35 meter dari permukaan benda yang ada di dalam tasik boleh kelihatan.

Sumber air yang mengisi tasik ini belum diketahui secara jelas. Dianggarkan air yang memuaskan hanya berasal dari air hujan dan salji di mana sewaktu-waktu akan hilang melalui pengewapan.






Tembok Besar Seperti China Di INDIA



Ini adalah tembok yang kedua terbesar di dunia ini. Sesetengah memanggilnya dengan nama kubu mengelilingi - "Kumbhalgarh". Lain-lain hanya merujuk kepada ia sebagai Tembok Besar India. Namun, ia masih kurang dikenali di luar nagara lain.

Kumbhalgarh adalah kubu besar dan hampir kebal terletak di bahagian atas Aravali Hills di tengah-tengah hutan menjadi kawasan perlindungan hidupan liar. Dibina oleh Rana Kumbha dalam abad ke-15, lokasi yang unik dan kehebatan menjadikan ia mesti dilawat tempat di bahagian Rajasthan.

Adalah dipercayai bahawa Rana Kumbha membina kira-kira 32 kubu semasa pemerintahannya, yang mana Kumbhalgarh adalah yang terbesar dan paling rumit. Kubu ini dimasukkan dalam senaraiUNESCO Tapak Warisan Dunia pada bulan Jun, 2013 bersama-sama dengan lima kubu bukit lainRajasthan.

Lokasi: kubu ini terletak kira-kira 82 kilometer di barat laut bandar Udaipur di daerah Rajsamand,Rajasthan. Jain Temple yang terkenal di Ranakpur yang kira-kira 45 kilometer dari kubu ini melalui jalan raya.

Cara terbaik untuk melawat kubu ini adalah dengan mengambil lawatan hari dari Udaipur bersama-sama dengan Kuil Ranakpur Jain. Terdapat banyak pengusaha pelancongan di Udaipur menawarkan perkhidmatan pelancongan tunggal hari ini.








Subhanallah!!Pasir Bergerak Menelan Hutan Menjadi Gurun


 

Inilah Kehebatan kejadian ciptaan Allah yang menakjubkan di mana padang pasir bergerak dari pantai ke daratan setiap tahun.

Menariknya, gumuk pasir ini lumus bergerak ke dalam daratan, perlahan-lahan menolak hutan belakangnya untuk "menelan" rumah-rumah, jalan-jalan dan juga bahagian-bahagian Tembok Atlantik.

The Great Dune of Pyla, yang terletak 60 km dari Bordeaux di kawasan Teluk Arcachon, Perancis, adalah merupakan gumuk pasir tertinggi di Eropah.

Juga dikenali sebagai Great Dune of Pilat, gumuk pasir ini adalah sangat besar - berukuran 500 meter lebar, 3 km panjang dan ketinggian 107 meter di atas paras laut.

Oleh kerana lokasinya yang tidak dijangka dan keindahannya, kawasan ini kini menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dengan lebih daripada satu juta pelawat setiap tahun.

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur



Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:

Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”

Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”

Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Puasa Elemen Pemangkin Daya Jihad


Setiap kali menjelang Ramadan umat Islam seluruhnya akan menunaikan ibadat puasa kerana mematuhi perintah Allah Taala. Puasa pada zahirnya memperlihatkan suatu ibadat yang ritual dilakukan saban tahun. Setiap ibadat dalam Islam mempunyai matlamat yang amat murni untuk dicapai oleh orang Islam; pertamanya, untuk menuju keredaan Allah dengan mematuhi perintahnya; dan kedua, untuk mendapat “hasanah” atau kebaikan di dunia dengan berbagai-bagai anugerah Allah Taala.

Dari segi sejarah, puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dalam bulan Sya’aban, tahun kedua Hijrah. Meskipun ibadat puasa bukanlah suatu ibadat baru yang dikenali pada zaman Muhammad s.a.w, malah ia disebut di dalam al-Quran bahawa kewajipan itu telah diwajibkan kepada umat sebelum kita.

Cuma sebelum Nabi Muhammad s.a.w puasa diwajibkan, tetapi tidak sabit dilakukan dalam bulan Ramadan, tetapi setelah ia diwajibkan kepada umat Islam, puasa dilakukan sepenuhnya dalam bulan Ramadan sehingga Hari Kiamat.

Bagi golongan tertentu, mereka melihat Ramadan sebagai suatu ibadat untuk menahan diri daripada makan dan minum yang memberi erti mendatar. Kepada sesetengah manusia hanya untuk berlapar dan dahaga, berpenat dan letih yang mungkin boleh membawa kelemahan fizikal yang menghalang kewajiban harian dilaksanakan.

Mentaliti sedemikian menyebabkan segelintir manusia mengaikan puasa sebagai penyebab kegiatan ekonomi terjejas dan ummah boleh dipandang sebagai murung dan lembab. Pandangan sedemikian adalah disebabkan mereka melihat ibadat dalam Islam secara mendatar tanpa memperhatikan kepada hakikat sebenar puasa itu diwajibkan.

Puasa sebenarnya adalah penggerak kepada kekuatan ummah. Ia pemacu kepada daya jihad yang perlu diteruskan. Malah dipertingkatkan dari masa ke semasa, lebih-lebih lagi pada zaman musuh-musuh telah mengambil kesempatan daripada kealpaan ummah melaksanakan agamanya dan kelesuan ummah dalam menghayati segala aspek tuntutan Allah.

Salah satu daripada aspek yang dilihat oleh Islam ialah aspek mengukuhkan daya juang dan daya jihad, pengukuhan ini bergantung rapat dengan kekuatan rohani manusia, semangatnya, jihadnya, kasih sayangnya kepada agama yang dianuti bagi mencapai tujuan sebenar beragama.

Allah yang menciptakan manusia amat mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia. Iaitu ia berpusat daripada kekuatan dalaman manusia, semangat, roh perjuangan dan ketahanannya menghadapi ujian dalam kehidupan.

Oleh yang demikian Allah telah mewajibkan puasa Ramadan sebagai suatu puasa wajib diikuti dengan puasa-puasa sunat lain seperti puasa enam hari di bulan Syawal, puasa Isnin-Khamis dan puasa sunat yang lain semuanya itu menuju kepada menggilap daya jihad melawan utamanya nafsu ganas yang memujuk manusia melakukan kerja-kerja maksiat.

Dalam waktu yang sama nafsu itu mendendang manusia supaya hidup dalam keadaan berpoya-poya dan bersenang-senang sehingga mati daya jihad fizikal yang menghalang kewajipan harian dilaksanakan. Memang benar, tanpa puasa umat Islam akan terdedah seperti umat yang lesu dan hilang daya jihad.

Kukuhkan Daya Juang

Kelemahan umat Islam secara umumnya pada hari ini antaranya berpunca daripada kelemahan daya juang serta daya jihad untuk mempertingkatkan komitmen keagamaan untuk menjadikan Islam itu lebih tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Maka dengan itu Allah mewajibkan puasa, jika dilihat kepada sejarah, berlakunya beberapa jihad yang besar menentang musuh-musuh agama bagi mendaulatkan syariat Allah, banyak kali berlaku dalam bulan Ramadan.

Sebagai contoh, peperangan Badar yang kedua dikenali dengan Badar al-Kubra berlaku dalam tahun 2 Hijrah dalam bulan Ramadan, tahun 8 Hijrah berlaku peperangan pembukaan Makkah (Fathu al Makkah), 9-Hijrah peperangan Tabuk, 14 Hijrah peperangan al-Qadisiyyah dan peperangan pembukaan Jazirah Rhodes.

Dalam bulan Ramadan juga, iaitu dalam tahun 92 Hijrah berlaku peperangan pembukaan al-Andalus, Sepanyol oleh Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair. Salahuddin al-Ayyubi telah berjaya mengalahkan tentera Salib dalam tahun 584 Hijrah, manakala tahun 658 Hijrah, Qutuz yang mempimpin umat Islam berjaya mengalahkan tentera Tartar di Ayn Jalut. Sementara Mesir di bawah berjaya mengalahkan Israel pada 10 Ramadan (1973 M).

Maka jelaslah, puasa Ramadan bukan memenatkan umat Islam atau melemahkan daya juang mereka, malah ia merupakan pemangkin kepada keutuhan yang sebenar, lain kepada runtunan hawa nafsu yang rata-rata menjerumuskan manusia kepada kebinasaan sedangkan Islam menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah.

Bagi membina suatu tamadun yang benar diredai Allah puasa adalah sebagai pemangkin kepada kekuatan tersebut. Mungkin inilah yang disebutkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, “Puasa itu adalah perisai ummah.”

Puasa Perisai Ummah

Puasa mampu menggerak kepada daya untuk mengekang runtunan jiwa yang membawa kepada kepalsuan dan kemunduran rohani. Kesejahteraan daripada malapetaka dunia menuju kepada kebaikan yang abadi, khasnya di dunia dan di akhirat. Maka itulah saban tahun puasa menemui insan-insan Muslim bagi mengajak mereka memasuki suatu kem latihan terbesar yang medan latihannya meliputi dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan.

Bukan sahaja kerana menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi lebih daripada itu mengajak manusia memperbaiki kualiti pembentukan keperibadian Muslim dan memperelokkan syahsiah mukmin.
Disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi s.a.w bersabda (mafhumnya), “…Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang palsu dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum.”

Lebih-lebih lagi puasa mengajak insan Muslim meninggalkan perbuatan maksiat, perbuatan yang menuju kepada penderhakaan kepada Allah, khasnya kejahatan mulut seperti bercakap bohong, dusta, mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya.

Tuesday, March 3, 2015

Puluhan tahun berpuasa akhirnya Terry peluk Islam



ISLAM bukan asing buat pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dari United Kingdom, Terry Fa’iz Kenneth Brougham. Sudah puluhan tahun beliau mempraktik sebahagian ibadat Islam termasuk berpuasa pada Ramadan dan hanya makan juadah halal kerana disifatkannya amalan baik. Beliau mempelajari Islam melalui sama ada hasil pembacaan buku dan internet serta bertukar pandangan dengan beberapa rakannya.